Pages

Friday, 10 May 2013

Sharifah Food Industries

Sharifah Food Industries


Kerjaya dalam bidang pengeluaran makanan telah bermula sejak 15 tahun yang lalu.

Namun kami hanya menjalankan kegiatan tersebut kecil – kecilan bagi mencari

 pengalaman dan formula yang terbaik bagi memasuki pasaran makanan. Bagi mengembangkan

 lagi perniagaan pengeluaran makanan, kami telah menubuhkan syarikat sendiri yang dikenali

 sebagai RHB Jaya Enterprise pada 14 Ogos 2003. Syarikat yang pada mulanya beralamat di

 Pulau Pinang dan telah berpindah ke Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dan merupakan salah

 satu syarikat yang dibimbing oleh MARA, Pulau Pinang dimana banyak bantuan dan sokongan

 telah diberi dari segi kursus kemahiran. Manakala kilangnya terletak di Bukit Beruntung,

 Rawang, Selangor. Syarikat ini menguruskan pengeluaran produk Briyani Herba, Briyani Gam,

 Briyani Tomato, Primex Chocolate Moist yang berjenama “Sharifah” . Produk seperti

 Briyani Herba, Briyani Gam, Briyani Tomato, Primex Chocolate Moist, sambal sotong, nasi

goreng kampong, nasi biryani gam, kuah kari nyonya, kuah rendang dan pelbagai pes telah

 dipasarkan hampir seluruh Malaysia dan telah menembusi pasaran antarabangsa. Kami juga

 mempunyai restoran yang terletak dibanggunan Ibu pejabat Mara ( Mara Bistro ) di Kuala

 Lumpur yang dinamakan Sharis secrets. Beliau telah membuka cawangan kedua (restoran)

 yang beroperasi didalam banggunan Cimb Bank Kuala Lumpur.

 

 

Bagi mengukuhkan lagi kedudukan kami di dalam pasaran, kami telah menubuhkan

 syarikat sendirian berhad yang dikenali SHRF Food Industries Sdn. Bhd.  pada bulan April

 2004. Beliau juga telah menghadiri kursus sijil GMP dan HACCP dan beberapa kursus lain yang

 melibatkan di bahagian pengurusan perniagaan, pemakanan dan lain – lain lagi agar dapat

 diaplikasikan di dalam syarikat beliau. Syarikat kami juga telah memperolehi sijil Halal Jakim

 dan  juga bakal memperolehi sijil HACCP & ISO 22000   bagi mengukuhkan lagi perniagaan

 kami.

Kami juga mempunyai facebook Sharifah Food Fan Page.

untuk maklumat lanjut boleh menghantar inbox text kepada facebook kami ataupun menghubungi

kami di 03-61850431.

Antara Product Yang Kami Sediakan